Total Pageviews

Thursday, September 12, 2019

5 Lost Kingdom Of Sarawak : NEGERI MELAYU SARIBAS



Sejarah Awal Kepulauan Melayu: Lima Buah Negeri Warisan Sarawak Yang Hilang
NEGERI MELAYU: SARIBAS
Negeri Saribas tidak disebut dalam Nagarakertagama tetapi ditegaskan
dalam Silsilah raja-raja Brunei dan sebuah manuskrip syair yang hilang dan
telah ditemui semula.


Negeri Saribas sebenar berkongsi muara Batang
Saribas dengan ibu kota Negeri Kalaka yang besar itu sedangkan pusatnya
banyak di sekitar pertemuan Batang Saribas dengan Sungai Rimbas di
sebelah hulu menghampiri pertengahan hutan belantara.

Disebut di dalam Silsilah raja-raja Brunei dan mendapat tempat yang banyak juga
dalam manuskrip tersebut. Negarakertagama tidak ada mencatatkan nama
Negeri Saribas pada abad ke-14 berbanding dengan jirannya, Negeri
Kalaka. Ini mungkin disebabkan Negeri Saribas didirikan pada awal atau
pertengahan abad ke-17.

Pada tahun 2002 telah ditemui semula sebuah manuskrip berjudul
Syair Tarsilah Cetera Abang Gudam dan Temenggong Qadir Negeri Saribas yang
meriwayatkan penubuhan negeri Saribas.76
Syair Tarsilah Cetera Abang Gudam dan Temenggong Qadir Negeri Saribas
meriwayatkan pelarian Pengiran Temenggong Abdul Qadir dari ibu kota
Kerajaan Brunei di utara kerana anak gadisnya, Dang Chi' yang rupawan,
telah diambil oleh sultan.

Setelah sampai di muara Batang Saribas beliau
telah mendirikan sebuah negeri dengan ibu kotanya di Tandang Sari di
tebing Sungai Rimbas.
Telah disanggup Melayu dan Daya' 49/47365
Baharu Temenggong mahu dibawa
Air nin pasang hacaplah juga
Orang pun sudah berturun tunda'

76

 Penulis sedang menganalisis syair ini sebagai tesis. Maklumat awal boleh dilihat,
Sanib Said, "Pembentukan Negeri Melayu: Pembacaan Pascamodenisme Awal Syair
Tarsilah Cetera Abang Godam Dangan Temenggong Qadir Negeri Saribas", * Kertas
kerja dibentang dalam Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu, anjuran Akademi
Pengajian Melayu dan Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Fakulti Sastera, 23-25
November 2009.
43

.Sanib Said
Adanya berkayuh adanya berdayung
Orang menunda perahu Temenggong
Habis lubuk berganti tanjung
Berapa pula tunggul dan palung
Tiada lagi berbanyakkan peri
Adanya mengadap Datu' jauhari
Orang menunda bersama khabari
Lalulah sampai ke Tandang Sari"
49/47366
49/47367

Kemudian muncul pula seorang anak raja Pagaruyung, dikenali
di Saribas dan Brunei sebagai Dato' Gudam, dari Sumatera yang juga
merantau membawa diri kerana gagal dalam ujian naik tahta sambil
berdagang. Pada suatu hari Dato' Gudam berlabuh di Tandang Sari
dan bertemu dengan Pengiran Temenggong Abdul Qadir dan isterinya
yang masih merindui anak gadis mereka.

Pengiran Temenggong Abdul
Qadir berjaya memujuk Dato' Gudam untuk mengambil dan membawa
pulang Dang Chi' keluar dari istana. Beliau berjaya dan atas jasa itu
telah dikahwinkan dan Dato' Gudam kemudian memegang teraju
pemerintahan Negeri Saribas yang menurunkan waris kepada keturunan
Abang dan memegang jawatan-gelaran Datu Patinggi, Datu Bandar,
Aulaksamana, Datu Imam dan Datu Hakim di lembah Batang Saribas.

Kesejarahan boleh dilihat dalam beberapa segi seperti kewujudan
sebuah tempat Gudam di Tanah Datar Minangkabau di mana istana
Kerajaan Pagaruyung yang pertama adalah di Gudam di samping bererti
istana dalam Sanskrit. Gudam merupakan ibukota dan tapak pertama
istana dan balai raja Minangkabau-Pagaruyung di pendalaman Sumatera
sebelum berpindah ke tapak Istana Selinduang Bulan di Balai Janggo,
sekitar tiga kilometer dari Gudam.'s Stamford Raffles, setahun sebelum
77ibid.
78 Pemerhatian ke Gudam semasa kajikan lapangan sejarah lisan di Padang, Rukit Tinggi
dan Tanah Datar, Jun 2010.
44





Sejarah Awal Kepulauan Melayu: Lima Buah Negri Warisan Sarawak Yang Hilang

mengambil Singapura, telah melawat Gudam untuk berjumpa Raja
Pagaruyung pada tahun 1818.79Keturunan Dato' Gudam masih ingat
samar-samar tentang penubuhan negeri ini, tetapi mereka ingat tentang
keturunan yang memegang jawatan-gelaran seperti juga yang dicatat
dalam Silsilah raja-raja Brunei. Pengisahan seorang bernama Aulaksamana
terdapat juga dalam karya Charles Brooke di mana beliau merakamkan
bahawa laksamana ini pada tahun 1860 berusia 90 tahun.8° Keturunan
mereka dikenali dengan gelaran Abang untuk lelaki dan Dayang untuk
perempuan dan di zaman Brooke mereka diambil berkhidmat dalam
pentadbiran di banyak Bahagian.

KESIMPULAN

Sejak abad ke-7 sudah muncul beberapa negeri yang mungkin juga bersifat
kota-pelabuhan di dalam apa yang kini menjadi warisan kepada Sarawak.
Negeri-negeri ini pernah wujud dan penting lama sebelum menjadi
takluk empayar Brunei dan Majapahit pada abad ke-14.

Sehubungan
Laporan Valentyn, Oud en Niew Oost Indie dan diterjemahkan dalam S.A. Hovey,
Valentjn's Borneo", Brunei Museum Journal, IV, 1978, hal. 85. Lihat juga R. Logan, op
cit. dan Tamil Umar, Chatatan Sejarah Perwira2 dan Pembesar2 Brunei, DBP, Brunei,
1973, hal. 28
J. Hunt, "A Sketch of Borneo or Pulo Kalimantan", hal. 57.
R. Logan, op cit.
48

Sejarah Awal Kepulauan Melayu: Lima Buah Negeri Warisan Sarawak yang Hilang (The Heritage of the Early History of Sarawak: The Five Lost Kingdoms) SANIB SAID Institut Pengajian Asia Timur, Universiti Malaysia Sarawak Email: sanibsaid hotmail .com 

http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/25245/Article__2.PDF

Wednesday, September 11, 2019

DATO GODAM: Dari Minangkabau ke Saribas

MELAYU SARIBAS ASIMILASI MINANGKABAU DAN BRUNEI


Keturunan Raja Umar bin Datuk Bendahara Harun @ Datu Godam dari Pagar Ruyung, Minangkabau, Sumatera Barat



Melayu Perabangan yang merujuk kepada salsilah keturunan Raja Umar @ Datu Godam ini adalah Melayu Perabangan yang berasal dari satu daerah di Sarawak iaitu Saribas dan kawasan sekelilingnya.

Melayu Perabangan di Saribas tidak mempunyai kaitan langsung dengan Melayu Perabangan dari Datu Merpati Jipang sebaliknya merujuk kepada seorang lagi putera dari Kerajaan Pagar Ruyung, Minangkabau, Sumatera Barat
.


Ini dapat dibuktikan melalui penceritaan sebuah manuskrip lama yang dinamakan Tarsilah Melayu Saribas yang merupakan manuskrip lama yang menjadi rujukan sejarah bagi Kesultanan Brunei Darussalam dan Sarawak sendiri.

Raja Umar bin Datuk Datuk Bendahara Harun @ Dato Gudam @ Datu Gudam @ Abang Godam merupakan seorang putera kepada Bendaro Harun bin Bendaro Ismail. Ayahandanya merupakan anggota “Basa Ampek Balai” iaitu golongan pembesar dari Kerajaan Pagar Ruyung yang mentadbir kerajaan melalui adat Minangkabau. Bendaro Harun bukanlah seorang yang sembarangan kerana Bendaro Harun sendiri merupakan keturunan daripada Raja Suran iaitu individu yang mewarnai sejarah dan legasi Iskandar Zulkarnain, salah seorang pahlawan dunia Melayu Islam sejagat.



Gambar menunjukkan Istana Pagar Ruyung di Sumatera Selatan



Dato Gudam merupakan putera Bendaro Harun hasil perkahwinannya dengan seorang wanita Belanda iaitu puteri kepada Residen Belanda di Sumatera Barat yang bernama Jan Van Groenewegen. Oleh kerana beliau dikatakan bukan “Anak Minang Sejati” akhirnya Datu Godam ditidakkan haknya untuk mewarisi jawatan Bendaro atau Datuk Bendahara di dalam “Basa Ampek Balai” Kerajaan Pagar Ruyung, Minangkabau.

Dengan membawa hati yang kecewa, Dato Gudam membawa diri dengan belayar sambil menjadi peniaga dan pelayarannya itu membawanya sampai ke muara Saribas. Di ketika itu Saribas adalah dibawah kekuasaan seorang pembesar Kesultanan Brunei iaitu Datu Temenggong Abdul Kadir.
Perkenalan antara Datu Temenggung Abdul Kadir dengan Dato Gudam telah menjadi rapat dek kerana baiknya tingkahlaku Dato Godam itu sendiri membawa diri di negeri orang. Atas pengaruh hubungan baik dengan Datu Temenggung Abdul Kadir akhirnya kedatangan Dato Godam ke Brunei Darussallam disambut dengan mesra oleh Sultan Brunei pada masa itu. Sekali lagi betapa baiknya tingkahlaku Dato Godam di mata Sultan Brunei akhirnya beliau diangkat menjadi penasihat kepada Kesultanan Brunei pada waktu itu.



Apabila Sultan Brunei menawarkan diri untuk mencari jodoh buat teman hidup Dato Godam yang ketika itu masih bujang, Dato Godam telah memberikan syarat kepada Sultan Brunei iaitu beliau hanya akan berkahwin dengan isteri ke-3 Sultan Brunei ketika itu iaitu Pengiran Kachi @ Dayang Chi @ Dayang Esah.

Sebenarnya permintaan Dato Godam itu adalah untuk menunaikan janjinya dengan Datu Temenggung Abdul Kadir yang mana Dayang Chi adalah satu-satunya puteri kepadanya dan beliau sebenarnya ingin Dayang Chi sentiasa disampingnya. Kerana sayangnya Sultan Brunei kepada Dato Godam, permintaan itu diterima jua maka Dayang Chi dan Dato Godam pun disatukan mengikut istiadat perkahwinan masyarakat Brunei pada masa itu.

Hasil perkahwinan Dato Godam dengan Dayang Chi telah dikurniakan dengan 2 orang putera yang dinamakan Abdul Rahman dan Said. Di ketika Dato Godam diminta oleh ayahandanya Bendaro Harun untuk kembali ke Pagar Ruyong, Sultan Brunei telah meminta agar Dato Godam 
meninggalkan salah seorang daripada anaknya di Brunei. Maka dititipkannya putera bongsunya iaitu Said yang kemudiannya dibesarkan di istana Brunei dan diberikan gelaran sebagai Menteri Puteh dan disinilah bermulanya asal keturunan “Awang damit-damit” di Brunei
.



Apabila Dato Godam singgah ke Saribas sebelum meneruskan pelayarannya ke kampung halamannya di Pagar Ruyung, ayahanda mentuanya pula sedang sakit tenat dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dan ketika itulah Dato Godam mewarisi pemerintahan ayahanda mentuanya di Saribas. Putera sulungnya iaitu Abdul Rahman diberikan gelaran Menteri Uban telah meneruskan legasi pemerintahan di Saribas dan melahirkan apa yang dipanggil Melayu Perabangan di Saribas sekarang.

Credit to https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1755-1315/175/1/012050/pdf

PERSALINAN: Busana Melayu Saribas




LELAKI SARIBAS


Bagi lelaki Melayu Sarawak, mereka akan memakai baju Melayu Cekak Musang (Pengaruh Tanah Melayu) dan menggunakan samping songket yang dipakai diluar Baju Melayu. Pakaian Tambahan yang kadangkala dijadikan sebagai penyeri adalah Baju Layang (Pengaruh Tanah Melayu)


Pakaian yang wajib digunakan oleh Lelaki Melayu Saribas adalah seperti lazimnya adalah Songkok 
Tinggi 



 Ketinggian Songkok biasanya adalah berukuran 4 hingga 5 atau 6 inci untuk standard bergantung kepada kesesuaian pemakai.

















 WANITA SARIBAS


Selain itu, bagi perempuan pula, mereka akan menggunkan baju Kurung Teluk Belanga yang kepalanya dihiasi selayah serta diserikan dengan selempang sarung di bahu. 


Tambahan lagi, ada juga yang memakai Baju Kurung Broked, sarung songket bunga tabur, selayah kerengkam dan selempang songket.

Lagenda Kerajaan Saribas: DAYANG ISAH, TANDANG SARI


DANG' ISAH, MANGSA KECANTIKAN YANG MEMAKAN DIRI


TIDAK sepopular cerita rakyat Sarawak seperti 'Puteri Santubong, Puteri Sejinjang' bagaimanapun kisah 'Dang Isah Tandang Sari' seakan-akan dipandang sepi biarpun sebenarnya ia sehebat cerita legenda Mahsuri yang dibanggakan masyarakat Langkawi.

Tambahan pula, kisah ini secara tidak langsung turut mengetengahkan kegemilangan kerajaan Saribas dan daerah Tandang Sari yang pernah wujud di Sarawak lebih 300 tahun lalu.
Menyorot kisah yang berlaku di zaman pemerintahan kerajaan Saribas sewaktu diteraju oleh Datu Temenggong Kadir yang tinggal di Tandang Sari, pemimpin berjiwa rakyat ini mempunyai seorang isteri bernama Dayang Hajar.


Sayangnya, mereka tidak dikurniakan cahaya mata biarpun telah tujuh tahun bergelar suami isteri.
Sewaktu bersama-sama penduduk kampung bergotong-royong di muara Batang Saribas, Datu Temenggong yang keletihan telah tidur beralaskan sebatang buluh.
Apabila terjaga, buluh tersebut dikatakan bertukar menjadi telur dan akhirnya menetaskan seorang bayi perempuan, yang kemudian dinamakan Dang lsah.

Dang Isah membesar sebagai gadis yang sangat cantik dan disayangi ramai, namun hatinya telah dicuri oleh Awang Bunut.

Terdapat bahagian rambut Dang Isah yang ditumbuhi tujuh warna rambut dan apabila dewasa, Datu Temenggong telah bermimpi agar meletakkan hantaran 10 kati emas untuk mengahwini Dang lsah.

Makam 'Dang Isah Tandang Sari' yang masih wujud di Kampung Kalok, Pusa.



Perkara tersebut amat mendukacitakan Awang Bunut dan demi mengahwini Dang Isah, dia telah merantau untuk mencari emas sebanyak itu.
Sepeninggalan Awang Bunut, seorang nakhoda Bugis bernama Nakhoda Khar telah datang untuk mengahwini Dang lsah.

Dengan hantaran 10 kati emas, mereka pun berkahwin.
Sebulan selepas perkahwinannya, Nakhoda Khar meneruskan aktiviti pelayarannya.
Dia telah berlayar kembali ke Brunei.
Sewaktu Nakhoda Khar berlayar, Awang Bunut kembali ke Tandang Sari dengan membawa 10 kati emas untuk mengahwini Dang lsah.



Namun, segalanya telah terlambat. Pertemuan terakhir Awang Bunut dan Dang Isah itu telah disalahertikan oleh Nakhoda Khar yang berpatah balik kerana kerisnya tertinggal.
Nakhoda Khar membunuh Awang Bunut kerana cemburunya.

Dang Isah cuba membunuh diri dengan keris Nakhoda Khar yang menikam Awang Bunut tetapi keris tersebut tidak dapat menembusi perut Dang lsah.

Melihat kejadian itu, Datu Temenggong kemudian membunuh Nakhoda Khar dan kisah tragis ini berakhir dengan kematian Dang Isah yang dibelit dengan rambut tujuh warnanya sendiri, oleh ayahnya

Kisah bangsawan Sarawak ini, telah dihidupkan semula oleh pertubuhan Maher Seni Kuching yang merungkai kisah legenda 'Dang Isah Tandang Sari' menerusi pentas teater pada November lalu.
Diberi tajuk 'Dang Isah Tandang Sari - Aku Adalah Mangsa Kecantikanku', pementasan teater hasil karya Moh Azam Rezali dan arahan Andenn Hassan ini telah menonjolkan kewujudan kisah Dang Isah Tandang Sari, yang sebelum ini hanya diketahui oleh orang zaman dahulu sahaja.
Malah berbanding 'Puteri Santubong, Puteri Sejinjang', kisah legenda Dang Isah Tandang Sari juga adalah benar-benar wujud, dan ini dibuktikan dengan terdapat makamnya di Sarikei, cuma ramai orang Sarawak tidak mengetahuinya.

Kembalikan Semula Jajahan SARIBAS



BETONG: Selepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyatakan persetujuan untuk menamakan semula Bahagian Sri Aman kepada Bahagian Simanggang, penduduk di Bahagian Betong pula mahu perkara serupa agar bahagian ini ditukarkan kepada Bahagian Saribas.



Perkara tersebut disuarakan oleh Persatuan Kemajuan Melayu Saribas (Perkemas) dan presidennya Abang Bollhassan Abang Abdul Latip berkata, aspirasi warga Saribas terhadap usul itu begitu tinggi.
“Harapan masyarakat di sini amat tinggi terhadap persetujuan Abang Johari untuk menamakan semula Bahagian Betong menjadi Bahagian Saribas seperti mana Simanggang.




“Mewakili seluruh warga Bahagian Betong, aspirasi tersebut diharap dapat direalisasikan kerana ia bukan sahaja diimpikan oleh masyarakat Melayu, tetapi hampir kesemuanya baik Iban mahupun Cina dari Saribas yang mana ia melambangkan jati diri dan pengenalan bagi setiap warga yang berasal dari Saribas,” katanya kepada Suara Sarawak di sini, semalam.
Menurutnya, alangkah sedih apabila jati diri warga Saribas dibuang begitu sahaja.

“Sepatutnya ia dimartabatkan agar tidak hilang dan tenggelam dek arus perubahan zaman.

“Suatu ketika dahulu Saribas begitu popular meniti di bibir setiap anggota masyarakat. Misalnya apabila kita bertanya dan berjumpa dengan warga Saribas di luar, rata-rata akan mengatakan mereka ‘orang Saribas’ walaupun terdapat banyak perkampungan di dalamnya.

“Akan tetapi, penggunaan istilah Saribas lebih didahulukan sebelum menyebut nama kampung masing-masing seperti ‘kamek orang Saribas, diam di Debak,” ujarnya.

Jelasnya, pusat pentadbiran Kerajaan Saribas yang berpusat di Tandang Sari (sekarang Daerah Pusa) di bawah pemerintahan Dato Temenggung Kadir mewakili Kesultanan Melayu Brunei merupakan sebuah kerajaan yang amat dihormati dan disegani kerana semangat perjuangan keberanian dan kegagahan orang Saribas ketika itu.

Bollhassan dalam pada itu berharap Kerajaan Sarawak memberi perhatian menyeluruh di semua kawasan Saribas yang mana berlaku ketidakseimbangan pembangunan menyebabkan banyak perkampungan masih ketinggalan, serba kekurangan terutama sekali melibatkan pembangunan infrastruktur dan pembangunan ekonomi masyarakat.

Menurutnya, Perkemas pada masa ini sedang merangka pelan untuk menumpukan pembangunan ekonomi warga Saribas agar masyarakat amnya dan ahli-ahli Perkemas khususnya tidak jauh ketinggalan.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Warga Islam Saribas (Perwaris) Dr. Burhan Bodeng turut menyambut baik kalau ada cadangan untuk menamakan semula Bahagian Betong kepada Bahagian Saribas.

“Bagi saya ia satu usaha yang murni dan kita amat menyokong,” katanya.
Tambahnya, pihak Perwaris sebenarnya telah lama untuk membawa perkara ini ke pengetahuan kerajaan dan kerap kali dibincang cuma belum berkesempatan bertemu Ketua Menteri.

Pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Anak Perantau Melayu Simanggang di Dewan Suarah Kuching beberapa hari lalu, Abang Johari secara dasar bersetuju agar Bahagian Sri Aman dinamakan kepada Simanggang dan mengekalkan bandarnya dengan nama Sri Aman.

Abang Johari memaklumkan akan membawa perkara tersebut ke Kabinet untuk pertimbangan dan berharap rakan-rakan Kabinet juga bersetuju kerana nama Simanggang sememangnya terkenal.

Tuesday, September 10, 2019

Syair Tarsilah Cetera Datu Abang Gudam Dengan Temenggong Kadir: NEGERI SARIBAS


SYAIR TARSILAH:  KISAH KERAJAAN MELAYU SARIBAS





Manuskrip "Syair Tarsilah Cetera Abang Gudam Dangan Temenggong Kadir Negeri Saribas" mengungkapkan sejarah Negeri Saribas iaitu perang antara Negeri Saribas dengan Negeri Kalaka ..kerana telah diberitahu kepada Sultan Brunei bahawa Negeri Saribas merancang untuk melepaskan diri daripada pemerintahan Brunei untuk menjadi sebuah negara yang bebas.


Brunei kemudian menghantar tenteranya dan membunuh tiga pemimpin Saribas yang terdiri daripada tiga beradik iaitu Abang Mula, Abang Bukut, dan Abang Tengah.



Temenggong Kadir dikatakan telah membuka negeri Saribas pada pertengahan kedua abad ke-16..
Berkata Dayang Ruku dan Ubu’
Orang Saribas tida’ tundu’
Bandar Maula hendak menuluk
Raja Brunei diholo’2
Berkata Dayang Ruku dan Ubu’
Bandar Maula hendak melawan
Ketiga beradik samalah tuan
Hendak melawan Duli Yang Di Pertuan

KLIK untuk PDF Syair Tarsilah Cetera Dato Godam 

Manuskrip Syair "Tarsilah Cetera Abang Gudam dan Temenggong Qadir Negeri Saribas" juga meriwayatkan tentang pelarian Pengiran Temenggong Abdul Qadir dari ibu kota Kerajaan Brunei di utara kerana anak gadisnya, Dang Chi' yang rupawan, telah diambil oleh sultan. Setelah sampai di muara Batang Saribas beliau telah mendirikan sebuah negeri dengan ibu kotanya di Tandang Sari di tebing Sungai Rimbas.
Telah disanggup Melayu dan Daya'
Baharu Temenggong mahu dibawa
Air nin pasang hacaplah juga
Orang pun sudah berturun tunda'
Adanya berkayuh adanya berdayung
Orang menunda perahu Temenggong
Habis lubuk berganti tanjung
Berapa pula tunggul dan palung
Tiada lagi berbanyakkan peri
Adanya mengadap Datu' jauhari
Orang menunda bersama khabari
Lalulah sampai ke Tandang Sari"
Kemudian muncul pula seorang anak raja Pagaruyung, dikenali di Saribas dan Brunei sebagai Dato' Gudam, dari Sumatera yang juga merantau membawa diri kerana gagal dalam ujian naik takhta sambil berdagang.
Pada suatu hari Dato' Gudam berlabuh di Tandang Sari dan bertemu dengan Pengiran Temenggong Abdul Qadir dan isterinya yang masih merindui anak gadis mereka. Pengiran Temenggong Abdul Qadir berjaya memujuk Dato' Gudam untuk mengambil dan membawa pulang Dang Chi' keluar dari istana.
Beliau berjaya dan atas jasa itu telah dikahwinkan dan Dato' Gudam kemudian memegang teraju pemerintahan Negeri Saribas yang menurunkan waris kepada keturunan Abang dan memegang jawatan-gelaran Datu Patinggi, Datu Bandar, Aulaksamana, Datu Imam dan Datu Hakim di lembah Batang Saribas. Keturunan mereka dikenali dengan gelaran Abang untuk lelaki dan Dayang untuk perempuan.

Jurai keturunan dari Sumatera ini sebenarnya menyebabkan Bahasa Melayu SARIBAS sememangnya diakui dipengaruhi BAHASA SUMATERA dialek Minangkabau untuk base bahasanya sehinggakini...

PANGLIMA BAKIR: Pendekar yang dilenyapkan dari SARIBAS

 PANGLIMA BAKIR DARI SARIBAS DIRACUN !

Tika pucok tika sengkuang
Tempat dudok Rajo Melayu
Ikan busok jangan dibuang
Pakei marampai sidaun kayu
Berbuat bait aduhai kawan
Ka dalam laut kauu campaQQan
Jika tidak dikenal ikan
Tuhanmu Allah kenal ya kah bukan.
-HB-

RAKYAT Sarawak sendiri mungkin tertanya-tanya siapakah gerangan individu yang bernama Panglima Bakir dari Saribas kerana agak kurang pendedahan cerita sejarahnya di Sarawak itu sendiri. Namun begitu sekiranya kita rajin menggodek jurnal-jurnal lama sewaktu Brooke di Sarawak sudah tentu nama ini agak popular didendangkan kerana Panglima Bakir dari Saribas merupakan antara pemimpin yang pro Brooke suatu waktu dahulu lebih-lebih merupakan sahabat karib kepada Tuan Muda Charles Brooke (sebelum menjadi Tuan Rajah menggantikan ayah saudaranya James Brooke).
Antara konflik perang yang disertai oleh Panglima Bakir dari Saribas adalah untuk mempertahankan Kubu Lily di Betong pada tahun 1885 bersama-sama dengan Tuan Muda Charles Brooke pada masa itu. Difahamkan Kubu Lily yang menjadi lambang kekuasaan Brooke di Betong cuba untuk diserang oleh seorang pengikut setia Rentap yang bernama Aji Apai Limpa. Ini kerana beliau tidak berpuashati dengan Tuan Muda Charles Brooke dan angkatannya yang telah memusnah dan membakar rumah panjangnya di Nanga Padeh pada tahun 1884. Pada ketika inilah Panglima Bakir dengan angkatan Melayu Saribas telah bersama-sama Brooke untuk mempertahankan Kubu Lily biarpun akhirnya Aji Apai Limpa membatalkan niatnya atas sebab-sebab tertentu.
Dengan nama sebenarnya Ampuan Bakir bin Salleh dan berasal dari Saribas, Panglima Bakir dicatatkan sebagai seorang yang pernah bertugas sebagai panglima atau pengawal peribadi kepada Datu Abang Haji Muhammad iaitu seorang Pegawai Anak Negeri (Native Officer) di Sibu, Bahagian Ketiga Sarawak pada tahun 1875. Turut dinyatakan Panglima Bakir yang terkenal sebagai seorang anak Melayu yang pandai ilmu mempertahankan diri serta bermain senjata merupakan sepupu sekali kepada Datu Abang Haji Muhammad sendiri dan kerana itulah segala hal keselamatan beliau diserahkan di tangan sepupunya sendiri.
Ada satu ketika diceritakan Panglima Bakir mohon untuk bercuti sementara dari tugasannya sebagai Panglima kerana ingin mengembara dengan belayar menggunakan jong atau kapal layarnya melihat negeri orang. Setelah siaga segala kelengkapan untuk belayar maka berangkatlah Panglima Bakir bersama-sama dengan Abang Bujang (anak kepada Datu Abang Haji Muhammad yang baru angkat bujang), Awang Inut (anak Panglima Bakir) dan beberapa orang anak tempatan dari Sibu menuju destinasi utara Pulau Borneo.
Setelah banyak perhentian mereka singgahi sewaktu di dalam pelayaran akhirnya mereka sampai ke utara Borneo iaitu satu pulau yang dinamakan sebagai Pulau Simpang Mengayau. Jika kita merujuk kepada lokasi peta sekarang apa yang disebut sebagai Simpang Mengayau itu sememangnya wujud iaitu terletak di kawasan Kudat, Sabah. Satu kawasan yang terkenal dengan keindahan pantainya serta pelancongannya di Sabah.
Itu cerita sekarang mengenai Simpang Mengayau yang sudah tentu berasak-asak memanggil pelancong menyinggahi tempat mereka namun suatu ketika dahulu ketika semangat jatidiri begitu menebal di kalangan rakyat tempatan, barangsiapa yang bukan orang tempatan akan sentiasa tidak dialu-alukan kedatangan mereka. Dan diceritakan penduduk di Pulau Simpang Mengayau tersangat kebal dan sentiasa berwaspada menjaga pulau mereka dari dimasuki oleh sesiapa. Dek kerana begitu ketat mereka menjaga maka banyak kapal hanya berlabuh di kawasan lautan tidak jauh dari pulau dan jarang yang berani hampir ke jeti pulau.
Namun untuk kes jong Panglima Bakir lain pula ceritanya. Walau begitu ketat dijaga kawasan Pulau Simpang Mengayau, pada satu subuh yang hening tanpa disangka-sangka tiba-tiba sebuah jong atau kapal layar yang mengibarkan bendera Sarawak mampu berlabuh di jeti pulau tanpa disedari. Malah dikatakan tiada seorang pun pengawal jeti Pulau Simpang Mengayau yang melihat bagaimana dan kenapa jong tersebut mampu berlabuh dengan begitu mudah dengan pandangan kasar.
Atas hal yang tidak disenangi ini cukup membuatkan keriuhan di Pulau Simpang Mengayau itu sendiri. Ini kerana mereka almaklum sesiapa sahaja yang berada dan menjadi juragan jong yang mengibarkan bendera Sarawak itu bukanlah pelayar yang sembarangan. Kalau ilmu hanya sekerat mana mungkin boleh menembusi halangan ketat kawalan penduduk Pulau Simpang Mengayau yang juga turut terserlah sebagai antara “orang pulau” yang cukup “ilmu” di dada mereka. Dek kerana itulah, Penghulu Pulau merasakan dirinya tercabar lantas mengundang Panglima Bakir untuk naik ke darat dengan alasan bertukar-tukar fikiran dengan tetamu yang baru tiba.
Jemputan daripada Penghulu Pulau bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan malah jika tidak diterima ianya adalah satu perbuatan yang biadap biarpun hakikatnya Panglima Bakir mengetahui sudah tentu ada hal yang tidak baik berlaku. Dek kerana sebagai seorang muslim yang segalanya berserah dan bertawakal kepada Allah maka beliau bersama Abang Bujang dan Awang Inut menyantuni ajakan Penghulu Pulau tersebut. Sebelum memijak tangga rumah Penghulu Pulau itu lantas Panglima Bakir berpesan kepada anak dan anak saudaranya. Walau apa jua yang terjadi, Abang Bujang dan Awang Inut harus segera pulang ke Sibu tanpa beliau ada sekalipun.
Dipendekkan cerita ketika di rumah Penghulu Pulau, tetamu dari Sarawak dilayan seperti tiada apa yang berlaku malah mereka dijamu dengan pelbagai makanan. Tanpa merasa was-was Abang Bujang dan Awang Inut menikmati segala juadah yang disediakan dengan restu dari Panglima Bakir. Dan tatkala mereka pulang ke jong mereka di jeti, kedua-duanya sudah kekenyangan dan terus masuk tidur. Namun hal ini jauh berbeza dengan Panglima Bakir ini kerana sejak pulang itu juga dikhabarkan beliau sakit perut yang amat sangat dan disusuli dengan muntah darah.

Keesokan harinya baharulah Abang Muhammad dan Awang Inut serta anak kapal yang lain menyedari apa yang berlaku ke atas Panglima Bakir setelah melihat keadaannya yang pucat lesi dan sebagainya. Maka berusahalah mereka untuk mencari ubat bagi merawat beliau sehinggalah Panglima Bakir ketika di dalam separuh sedar mengarahkan anaknya untuk mencabut kayu turus pengikat perahu di jong mereka kemudian hiriskan kulitnya untuk dicampur di dalam air minumannya. Tanpa berlengah dan kasih sayang seorang anak kepada ayahnya melakukan apa sahaja untuk kesembuhan ayahnya.
Keesokannya, Panglima Bakir yang lemah sebelumnya sudah ceria dan kembali bertenaga malah sudah mampu mengimamkan solat Subuh di jong mereka. Dan beliau turut mengarahkan anak-anak buahnya untuk bersedia kerana mereka akan meninggalkan Pulau Simpang Mengayau pada hari itu. Cukuplah hanya tiga hari sahaja berada di pulau tersebut dan tibalah masa untuk kembali ke tanahair bertemu sanak saudara.
Dan sebelum beliau memulakan pelayaran balik, Panglima Bakir tekad untuk mengunjungi rumah Penghulu Pulau. Kedatangan beliau yang tanpa diundang itu telah menjadi kejutan kepada Penghulu dan anak-anak buahnya yang sedia ada. Ini kerana jika diikutkan kepada “rahsia” racun yang dihidangkan di dalam minuman Panglima Bakir, cukup tiga hari maka sudah habislah nyawa si peminumnya namun ini langsung tidak ada pada Panglima Bakir. Penghulu Pulau lantas memohon maaf kepada Panglima Bakir kerana terlalu berdendam ke atas perbuatan jong Panglima Bakir yang boleh memasuki jeti Pulau. Sedangkan ianya bukan disebabkan ilmu kebatinan yang tinggi tetapi kerana kelalaian anak-anak buahnya sendiri.
Di pihak Panglima Bakir pula sebagai seorang yang sudah biasa dengan diplomasi tidak mahu ianya dipanjang-panjangkan ini kerana kita semua bersaudara. Sebelum jong Panglima Bakir meninggalkan Pulau Simpang Mengayau dikatakan beliau bersumpah tidak mengizinkan anak cucunya sehingga tujuh keturunan mendatangi dan melawat Pulau Simpang Mengayau. Tidak lama kemudian, Panglima Bakir dan angkatan jongnya tiba di Sibu dan kembali ke pangkuan keluarga seadanya serta terus menabur bakti untuk keselamatan Sarawak sehingga ke akhir hayat.

Teaser artikel: hanya gambar hiasan semata2
Rujukan:
1.http://www.sabahtourism.com/…/the-tip-of-borneo-tanjung-si…/
2.Borneo Oracle - Fort Lily, Betong
3.Sidang temuramah penulis dengan generasi keluarga Orang Kaya Paduka Setia Diraja Abang Haji Bujang bin Abang Haji Muhammad, 21 Januari 2019, Kampung Boyan/Gresik, Kuching, Sarawak

KERAJAAN MELAYU SARIBAS: THE LOST KINGDOM OF SARAWAK

KERAJAAN SARIBAS:

KERAJAAN MELAYU YANG HILANG


Ini merupakan siri akhir di dalam pencarian Negara yang hilang di Sarawak. Seperti dengan permulaan negara yang pertama iaitu Kerajaan Negeri Santubong maka siri yang terakhir adalah Kerajaan Negeri Saribas. Kerajaan Negeri Saribas tidak mempunyai hubungkait dengan Datu Merpati Jepang tetapi Kerajaan Negeri Saribas adalah kerajaan negeri yang berkait secara langsung dengan Datu Godam dan Pengiran Temenggung Datu Abdul Kadir seorang pembesar daripada Kesultanan Brunei suatu waktu dahulu.

Kerajaan Negeri Saribas sebenarnya berkongsi muara Batang Saribas dengan ibu kota Kerajaan Negeri Kalaka yang diperintah oleh 2 orang ratu bersaudara iaitu Dayang Hubu dan Dayang Ruku. Kerajaan Negeri Saribas jajahan takluknya adalah lebih besar daripada Kerajaan Negeri Kalaka iaitu ianya mencakupi pertemuan Batang Saribas dengan Sungai Rimbas di sebelah. Pusat ibukota Kerajaan Negeri Saribas adalah Tandang Sari atau pada masa sekarang digelar Pusa. Di dalam manuskrip lama dinyatakan bahawa Kerajaan Negeri Saribas ini wujud sekitar abad ke-17 lagi. Kerajaan Negeri Saribas ini dinyatakan bahawa ianya diperintah oleh seorang pembesar Kesultanan Brunei iaitu Pengiran Temenggong Datu Abdul Kadir. Dikatakan Pengiran Temenggung ini telah membawa diri daripada Brunei memandangkan anak tunggalnya Dang Chi’ atau Dayang Esah telah diambil oleh Sultan Brunei untuk menjadi isteri yang ke-3. Sewaktu beliau menjadi pemerintah Saribas beliau telah bertemu dengan seorang putera dari Pagaruyung, Minangkabau iaitu Dato Gudam atau Raja Umar yang menyamar sebagai saudagar penjual kain.


Gambar menunjukkan beberapa rujukan mengenai Dato Godam

Dato Gudam merupakan putera kepada Bendahara Harun, pembesar di Pagaruyung. Ketibaannya ke Saribas adalah kerana membawa hati yang kecewa setelah ditidakkan hak untuk menggantikan ayahandanya kerana dikatakan bukan bangsa Minang sejati kerana ibunya adalah berketurunan Belanda. Setelah mengenali Pengiran Temenggong, beliau telah bersetuju untuk membantu Pengiran Temenggong mengambil anaknya semula daripada menjadi isteri ketiga kepada Sultan Brunei pada masa itu. Sopan santun dan kepintaran Dato Godam telah memikat hati Sultan Brunei sehingga beliau menjadi orang penting di Brunei dan dikahwinkah oleh Sultan Brunei dengan Dayang Esah atas permintaan Dato Godam sendiri. Sebelum beliau berangkat pulang ke Pagaruyung atas permintaan ayahandanya, Sultan Brunei telah meminta beliau meninggalkan salah seorang anaknya di Brunei maka ditinggalkannya Datu Mantri anak keduanya dan disinilah permulaannya asal-keturunan. “Awang Damit-damit” iaitu asal keturunan Awang dan Dayang di dalam masyarakat Melayu Sarawak. Kepulangan Dato Godam yang singgah sebentar di Saribas telah memberi perkhabaran gembira kepada Pengiran Dato Temenggung Abdul Kadir yang akhirnya mangkat dan Dato Godam menjadi pengganti pemerintah kepada Kerajaan Negeri Saribas. Anak sulungnya Dato Uban pula telah menggantikan beliau dengan mewarisi nama Abang dan Dayang di dalam salsilah keturunannya. Dan disinilah bermulanya asal-keturunan Melayu Sarawak yang menggunapakai nama Abang dan Dayang. Di dalam Kerajaan Negeri Saribas inilah gelaran jawatan seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Aulaksamana, Datu Imam dan Datu Hakim bermula iaitu mengikut acuan jawatan dan gelaran bagi Kesultanan Brunei pada zaman itu. Dan kerana itulah banyak jawatan gelaran di dalam pemimpin masyarakat Melayu Sarawak masih lagi menggunakan Datu Patinggi, Datu Bandar sehinggalah sekarang.

Kewujudan Dato Gudam ini dapat disahihkan dalam beberapa segi seperti wujudnya sebuah makam lama di Pusa yang masih menjadi tanda sejarah untuk Kerajaan Negeri Saribas. Makam Dato Gudam adalah hanya selang beberapa meter daripada Makam Pengiran Temenggung Abdul Kadir dan juga Dayang Esah. Selain itu asal keturunan Dato Godam dari Pagaruyung pula boleh disahihkan dengan kewujudan sebuah tempat bernama Gudam di Tanah Datar Minangkabau dimana istana kerajaan Pagaruyung yang pertama adalah Gudam disamping di dalam bahasa Sanskrit GUDAM itu sendiri bermaksud Istana. Di dalam jurnal pengembaraan Stamford Raffles juga ada tercatit lawatan beliau ke Gudam bagi menemui Raja Pagaruyung pada tahun 1818 iaitu setahun sebelum beliau mengambil alih Singapura sebagai jajahan Koloni British.

Umum mengetahui bahawa Rajah Pertama Sarawak iaitu Rajah James Brooke adalah seorang pengembara yang sudah mengembara di seluruh pelusuk Sarawak sebelum dia mula membantu Raja Muda Hashim di dalam pemberontakan tempatan sewaktu Sarawak menjadi tanah kuripan pembesar Kesultanan Brunei. Di dalam jurnal pengembaraannya ada tercatit bahawa beliau telah singgah di sebuah negeri di dalam kawasan Sungai Saribas yang mempunyai banyak persamaan dengan jawatan pembesar di Brunei dan beliau berkesempatan berkenalan dengan seorang Aulaksamana Saribas yang berusia 90 tahun.

Walaupun tiada artifak-artifak purba yang boleh mengaitkan bahawa ada Kerajaan Negeri Saribas bertindak sebagai pelabuhan yang memungkinkan ianya menjadi persinggahan saudagar dari Negara Tembok Besar China seperti kerajaan negeri yang lain tetapi sumber rujukan seperti manuskrip kuno Tarsilah Syair Saribas telah membuktikan kewujudan sebuah kerajaan di Saribas dan ditambah lagi dengan jurnal pengembaraan daripada Rajah Sarawak sendiri maka dengan ini memang sukar untuk dinafikan bahawa KERAJAAN NEGERI SARIBAS adalah THE LOST KINGDOM OF SARAWAK pada suatu waktu dahulu.

Sumber: http://sarawakoracle.blogspot.com/2014/06/kerajaan-negeri-saribas.html

Bahasa Melayu Saribas, Sepintas lalu





Umumnya diketahui bahawa dialek Melayu di Sarawak ini ada perbezaan berbanding ditempat lain.
Walaupun ada perbendaharaan kata yang sama dengan bahasa Melayu-Riau yang menjadi asas bahasa Melayu nusantara namun masih terdapat beberapa sebutan yang agak ketara dan memberikan identiti tersendiri terhadap bahasa Melayu Sarawak.

Di dalam Sarawak itu sendiri masih ada beberapa tempat yang mana bahasa Melayu nya berbeza dari segi sebutan.

Ianya mungkin dipengaruhi oleh tempat dan asimilasi dari bahasa penutur jati tempatan yang membuatkan wujudnya perbezaan.

Sama keadaannya seperti di Kedah dimana dibahagian utara lebih terpengaruh dengan sebutan Siam, Manakala di bahagian selatan dipengaruhi bahasa Melayu kelantan dan bahasa Melayu Reman.

Di Sarawak pula bahasa yang menjadi teras sebutan bahasa Melayu Sarawak boleh dikatakan diambil dari daerah Kuching Samarahan. Namun sebutannya akan berbeza jika dituturkan di kawasan Saribas.

Di Sibu bahasa Melayu Sarawak nya mungkin ada pengaruh Melanau. Manakala di Miri mungkin ada pengaruhi Brunei.

Namun demikian sebagai ANAK JATI di sini, bahasa Melayu Saribas mempunyai ciri-ciri yang menarik dan tersendiri.

Penggunaan sebutan vokal o dihujung perkataan mendominasikan sebutan dari daerah ini.


Kalau di Kuching “KENAPA NI” disebut “KENAK YA”.

Tetapi di Saribas  akan disebut “NAKPO YO”.

Kalau sebutan “YANG ITU” di Kuching mungkin disebut “NAK IYA”.

Tapi di Saribas-Saratok-Kabong akan menjadi “NAK YO”.

Kalau “MEMANG BEGITU LA” di Kuching di sebut “NANG GIYA”s
Tapi di Saribas. mejadi “NANGPO YO”.

Kalau “SUKA HATI AKU LAH” di Kuching mungkin “Suka hati kamek empun”.

Tapi di Saribas akan memendekkannya menjadi “KOTI KUMPUN”. Khususnya di Debak.

Begitu juga sebutan Arab biasanya disebut mengikut dia dalam sebutan tempatan.

“LA HAWALA WALA QUWAATBILLAH” akan menjadi “LAHKELOLO” di Saribas

“ASTAGHAFIRULLAH HAL AZIM” akan menjadi “ASTERAPILAH HAJIM”.

Kalau menjerit-jerit jadi “KEYAK KAONG”. Kalau “LAMA SANGAT” jadi POPOLAMO. Kalau berdentam dentum jadi LEDAM LEDUM.

Terdapat sebutan yang menunjukkan benda tapi berbeza ditempat lain. SUNGEY (Sungai) menjadi KOLO. Contoh “Boh mandi kolo yo..do boyak sio” (jangan mandi sungai ada buaya)

Parang mungkin di sebut LADIN atau TAMAN.

Sebutan yang menghasilkan bunyi yang lembut seperti “PULANG” menjadi “PULEANG”, “DATANG” menjadi “ATEANG” sangat mempengaruhi sebutan masyarakat Melayu.

Pernah saya menegur beberapa murid perempuan yang tidak solat di surau semasa di Saratok dan mereka menjawab “MEK SIKPAT EMBEANG GU..MEK ATANG KAIN GU”.

Terkejut juga mendengarnya. Rupa-rupanya “Atang Kain” itu datang haid.

Demikianlah keindahan Bahasa Melayu Saribas jika dibandingkan dengan Loghat Melayu Kuching.




Sama juga bahasa bahasa lain. Bahasa Iban di Kuching berbeza dengan bahasa Iban Saratok, Sri Aman, Sibu, Kanowit dan Miri.

Bahasa Bidayuh Bau, Serian dan Lundu juga berbeza.

Bahasa Melanau Matu Daro dan Mukah serta Bintulu pun berlainan.

Namun semua perbezaan ini membentuk satu keindahan supaya kita semua saling kenal mengenali dan berbangga dengan kepelbagaian.

Melayu Saribas Sepintas Lalu


SIAPA TIDAK KENAL MELAYU SARIBAS, BUKAN LAH ORANG SARAWAK NAMANYA. AKU ANAK KELAHIRAN MELAYU SARIBAS DENGAN BANGGA DISISI ALLAH S.W.T MENJADI HAMBANYA YANG TAAT.



PADA MASA DAHULU PIHAK LAWAN GERUN DAN TAKUT BILA DISEBUT TENTANG MELAYU SARIBAS.  AMALAN YANG KUAT MEMBUATKAN PERKARA YANG ANEH SERING BERLAKU DISINI DIMANA KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU BERJIRAN DENGAN KAMPUNG BUNIAN DAN BERKAWAN RAPAT. TIDAK HAIRANLAH JIKA DAHULU ORANG-ORANG SEKITARNYA KUAT MENGANGKAT DAN MEMINDAHKAN SESUATU BENDA YANG BERAT, BERJALAN ATAS AIR, SATU KAYUHAN SATU TANJUNG, KEBAL DAN SEMUA YANG TIDAK MASUK AKAL DI MASA SEKARANG. PADA MASA DAN ZAMAN, DULU SETIAP WARGA KAMPUNG DIAJAR TENTANG PERTAHANAN, PERTANIAN, PERDAGANGAN DAN PENGHIJRAHAN DARI SATU TEMPAT KE SATU TEMPAT YANG LEBIH SELESA DAN SELAMAT.


Gambar 1, menunjukkan Orang Melayu menjadikan Harimau sebagai haiwan peliharaan.

Gambar 2, menunjukkan Orang Melayu sedang duduk disebelah haiwan hasil pemburuannya menggunakan senapang panjang.



ITU ZAMAN DULU. SEKARANG HANYA TINGGAL SEJARAH UNTUK ANAK-ANAK MELAYU SARIBAS. DI SEBABKAN ARUS PEMBANGUNAN DAN SEMANGAT PERJUANGAN ISLAM SENDIRI YANG KURANG DARI ANAK-ANAK MUDA SEKARANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT AMALAN-AMALAN INI DITINGGALKAN, TIDAK HAIRANLAH MELAYU SARIBAS ADA YANG  TIDAK TAHU YANG NENEK MOYANG MEREKA DULU IALAH PENDEKAR YANG TIDAK GENTAR WALAU SEDIKIT PUN. GOLONGAN TUA PUN SUDAH TIDAK KESAH APA YANG HARUS DIPETURUNKAN KEPADA ANAK MEREKA DAN MEMBIARKAN IA TERKUBUR TERUS. UNTUK ANAK MELAYU SARIBAS BERTANYALAH KEPADA ORANG TUA ANDA, MUNGKIN ADA CERITA DISEBALIK KISAH BAPA ANDA DARI NENEK ANDA YANG TIDAK BOLEH DI LEPAS CAKAP BEGITU SAHAJA DAN MENJADI KEWAJIPAN UNTUK MENJAGANYA KECUALI ATAS PERTANYAAN DAN PERMINTAAN ANAK-ANAKNYA.

Baso Saribas, Baso Minang, Bahasa Melayu

Menurut buku DATO GODAM kajian, penyelidikan dan karya sejarawan Negara Brunei Darussalam, Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al Sufri, Dato Godam ad...