Total Pageviews

Thursday, January 23, 2020

Bahasa Menggambarkan Asal


BAHASA MENGGAMBARKAN ASAL

 BENDERA MINANGKABAU

 BENDERA NEGERI SEMBILAN

BENDERA SARAWAK


Berikut terdapat beberapa persamaan Bahasa antara Bahasa Minangkabau dan Dialek di Wilayah Saribas, Sarawak. Hal ini, dirasakan amat berkait rapat dengan penulisan sebelum ini iaitu sejarah mengatakan bahawa Melayu Saribas berasal dari Minangkabau. Namun, perubahan dari segi sebutan dan perkataan-perkataan tertentu telah wujud akibat percampuran bahasa dan asimilasi tempatan seperti asimilasi MELAYU SARIBAS dengan orang Brunei, Orang iban, Orang Cina, Orang Putih dan banyak lagi asimilasi telah merubah sedikit cara sebutan dan menambah perkataan-perkataan baharu dalam budaya Melayu Saribas. Namun, Akar bahasa asalnya masih boleh dikenal pasti akibat pengekalan sebutan asal yang masih digunakan oleh masyarakat di Saribas sehingga kini.


BAHASA MALAYSIA
BAHASA MINANGKABAU
DIALEK SARIBAS
Sana
sinun
sinun
Jejaka
Jang/bujang
Jang/bujang
Dia
inyo
enyo
Adik
Adek
Adek
Tidak
Indak
Endak
Ke
Ka
Ka
Mata
Mato
Mato
Hidung
Iduang
Idong
Telinga
Tlingo
Lingo
Jaga
Jago
Njago
Belajar
Braja
Braja
Pukul
Tokok
Tukuk
Suka
Suko
Suko
Manis
Manih
Manih
Haus
Hauih
Auih
Lapar
Lapa
Lapa
Habis
Abih
Abih
Lahir Lahia Lahia
Lilin
Dian
Dian


No comments:

Post a Comment

Baso Saribas, Baso Minang, Bahasa Melayu

Menurut buku DATO GODAM kajian, penyelidikan dan karya sejarawan Negara Brunei Darussalam, Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al Sufri, Dato Godam ad...