DEBAK, Datuk Bandar Abdul Hamid dan Dato Ugak!
Daerah Debak merupakan salah satu daripada beberapa buah
daerah yang terletak dalam Daerah Betong selain Pusa, Spaoh dan Maludam.
Daerah ini berkeluasan 292.15 km persegi.
Pembangunan pesat, khususnya di Bahagian Betong membolehkan
jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk seseorang sampei ke daerah
kecil ini. Untuk sampai ke Daerah Kecil Debak, kita hanya perlu menempuh sejauh
45 km perjalanan dari Bandar Betong, 80 km dari Bandar Sarikei atau 100 km dari
Bandar Sri Aman dan 210km dari Bandar Kuching.
Bagi yang belum pernah ke sini, jarak Pekan Debak hanyalah 6
km dari Lebuh Raya Pan Borneo. Maka tidaklah menghairankan jika daerah sering ini
menjadi tempat persinggahan bagi pengguna Lebuh Raya Pan Borneo.
Fakta Sejarah
Berdasarkan fakta sejarah, suatu ketika dahulu semasa
pemerintahan sultan brunei, Debak telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran
untuk kawasan Saribas (bukan Saribas seperti hari tok). Wakil Sultan Brunei
ditempat tok ketika ya adalah Datuk Bandar Abdul Hamid, anak kepada Datuk
Patinggi Kedit. Kini, nama wakil Sultan Brunei tersebut disematkan dalam
sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Datuk Bandar.
Sejarah awal menyatakan bahawa nama asal untuk Debak adalah
"REBAK" - atau lebih dikenali oleh penduduk disini sebagai
"Ugak" iaitu kayu yang hanyut di sungai. Fenomena "Ugak"
atau kayu hanyut ini hanya berlaku di Debak (dan kawasan lain di Saribas).
Fakta sejarah [dari mulut ke mulut] juga menyatakan bahawa
Fenomena REBAK tok adalah berpunca dari satu zaman yang dinamakan
"Penanggal Kepala" yang popular satu masa dulu. Menurut sejarah
tersebut, "Ugak" ini merupakan satu benteng supaya kumpulan Penanggal
Kepala tok sik akan mencari mangsanya di Debak (daripada menular dari kawasan
Saribas lain).
Selain itu, Debak juga mempunya lagendanya tersendiri.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Debak dahulu mempunyai fenomena
"Benak" yang begitu besar. Bahkan lebih besar daripada benak yang
dilihat di Sungai Batang Lupar, Sri Aman.
Menurut cerita penduduk asal di sini, suatu masa dahulu anak
seorang pahlawan (bernama Datuk Ugak) telah menjadi mangsa kepada benak
berkenaan ketika mandi. Apabila mengetahui anaknya terbunuh disebabkan benak
tersebut, Datuk Ugak telah membawa sebilah pedang dan menunggu kemunculan benak
tersebut.

No comments:
Post a Comment