Total Pageviews

Tuesday, September 10, 2019

Syair Tarsilah Cetera Datu Abang Gudam Dengan Temenggong Kadir: NEGERI SARIBAS


SYAIR TARSILAH:  KISAH KERAJAAN MELAYU SARIBAS





Manuskrip "Syair Tarsilah Cetera Abang Gudam Dangan Temenggong Kadir Negeri Saribas" mengungkapkan sejarah Negeri Saribas iaitu perang antara Negeri Saribas dengan Negeri Kalaka ..kerana telah diberitahu kepada Sultan Brunei bahawa Negeri Saribas merancang untuk melepaskan diri daripada pemerintahan Brunei untuk menjadi sebuah negara yang bebas.


Brunei kemudian menghantar tenteranya dan membunuh tiga pemimpin Saribas yang terdiri daripada tiga beradik iaitu Abang Mula, Abang Bukut, dan Abang Tengah.



Temenggong Kadir dikatakan telah membuka negeri Saribas pada pertengahan kedua abad ke-16..
Berkata Dayang Ruku dan Ubu’
Orang Saribas tida’ tundu’
Bandar Maula hendak menuluk
Raja Brunei diholo’2
Berkata Dayang Ruku dan Ubu’
Bandar Maula hendak melawan
Ketiga beradik samalah tuan
Hendak melawan Duli Yang Di Pertuan

KLIK untuk PDF Syair Tarsilah Cetera Dato Godam 

Manuskrip Syair "Tarsilah Cetera Abang Gudam dan Temenggong Qadir Negeri Saribas" juga meriwayatkan tentang pelarian Pengiran Temenggong Abdul Qadir dari ibu kota Kerajaan Brunei di utara kerana anak gadisnya, Dang Chi' yang rupawan, telah diambil oleh sultan. Setelah sampai di muara Batang Saribas beliau telah mendirikan sebuah negeri dengan ibu kotanya di Tandang Sari di tebing Sungai Rimbas.
Telah disanggup Melayu dan Daya'
Baharu Temenggong mahu dibawa
Air nin pasang hacaplah juga
Orang pun sudah berturun tunda'
Adanya berkayuh adanya berdayung
Orang menunda perahu Temenggong
Habis lubuk berganti tanjung
Berapa pula tunggul dan palung
Tiada lagi berbanyakkan peri
Adanya mengadap Datu' jauhari
Orang menunda bersama khabari
Lalulah sampai ke Tandang Sari"
Kemudian muncul pula seorang anak raja Pagaruyung, dikenali di Saribas dan Brunei sebagai Dato' Gudam, dari Sumatera yang juga merantau membawa diri kerana gagal dalam ujian naik takhta sambil berdagang.
Pada suatu hari Dato' Gudam berlabuh di Tandang Sari dan bertemu dengan Pengiran Temenggong Abdul Qadir dan isterinya yang masih merindui anak gadis mereka. Pengiran Temenggong Abdul Qadir berjaya memujuk Dato' Gudam untuk mengambil dan membawa pulang Dang Chi' keluar dari istana.
Beliau berjaya dan atas jasa itu telah dikahwinkan dan Dato' Gudam kemudian memegang teraju pemerintahan Negeri Saribas yang menurunkan waris kepada keturunan Abang dan memegang jawatan-gelaran Datu Patinggi, Datu Bandar, Aulaksamana, Datu Imam dan Datu Hakim di lembah Batang Saribas. Keturunan mereka dikenali dengan gelaran Abang untuk lelaki dan Dayang untuk perempuan.

Jurai keturunan dari Sumatera ini sebenarnya menyebabkan Bahasa Melayu SARIBAS sememangnya diakui dipengaruhi BAHASA SUMATERA dialek Minangkabau untuk base bahasanya sehinggakini...

No comments:

Post a Comment

Baso Saribas, Baso Minang, Bahasa Melayu

Menurut buku DATO GODAM kajian, penyelidikan dan karya sejarawan Negara Brunei Darussalam, Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al Sufri, Dato Godam ad...